Kelas ICT – Kuiz Microsoft Powerpoint

13 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Powerpoint kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini.

Dalam kelas ini, peserta dikehendaki untuk mengenalpasti dan melabel perkataan yang betul tentang Microsoft Powerpoint menggunakan template Quiz di laman web Wordwall. Peserta diminta untuk maju ke hadapan dan memadankan perkataan berkenaan di Smartboard. Markah akan dikira berdasarkan jumlah padanan perkataan dengan gambar yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali